Akaun unclehashim.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"Berminat Untuk Menjadi Ejen Dropship Produk-Produk Makanan Viral?"



Hai, assalamualaikum. Saya Hj Nor Hashim Bin Abdullah. Kenalan biasanya lebih mesra panggil Uncle Hashim je.

Pada bulan Mac tahun lepas, uncle terpaksa menukar bisnes utama dari travel agensi umrah kepada bisnes makanan.

Alhamdulillah, walaupun masih baru dalam bidang bisnes makanan ni, sambutannya sangat diluar jangkaan uncle sendiri. 

  • Produk makanan uncle yang pertama ialah kurma. Alhamdulillah dalam tempoh sebulan, jualan kurma uncle berjaya mencecah hampir setengah juta ringgit! 

  • Seterusnya, uncle mencuba pula menjual produk kuih raya. Musim raya yang lepas uncle berjaya hasilkan ratusan ribu ringgit dengan menjual produk kuih raya ini sahaja. 

  • Kemudian uncle menghasilkan produk makanan jenama uncle sendiri. Dengan izin Allah, dalam tempoh 3 bulan selepas uncle lancarkan produk makanan tersebut, jualan meroket mencecah RM1 juta ringgit! Uncle sendiri tak percaya uncle berjaya peroleh jualan sebegitu tinggi.





Sejak beberapa bulan ini, uncle giat mencari produk-produk makanan yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran. 

Ramai kenalan uncle yang menghubungi uncle untuk menjadi pengedar dan pemborong produk-produk makan yang uncle perkenalkan.

Tidak kurang juga yang bertanyakan tentang peluang untuk menjadi ejen dropship bagi produk-produk makanan ini. 

Uncle faham dengan situasi pandemik ini, ramai yang terjejas dari segi pendapatan. 

Justeru, tercetusnya idea untuk uncle perkenalkan program Bimbingan Dropship Online ini.


Program ini 100% bertujuan untuk membantu lebih ramai orang yang terjejas ekonominya untuk mula menjana pendapatan tambahan TANPA MODAL besar, dan TANPA perlu SIMPAN STOK produk di rumah.

Untuk pengetahuan anda, yang menariknya di dalam program Bimbingan Dropship Online ini, uncle sendiri akan sediakan produk-produk makanan yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran. 

Manakala ada 2 orang lagi rakan uncle lagi akan berikan anda panduan dan training bagaimana nak menjualkan produk tersebut kepada orang ramai. 

Mereka ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan akan bersama-sama membantu anda menjana pendapatan melalui program bimbingan ini. 


En. Khairul

Beliau memang terkenal di dalam kalangan trainer seluruh Malaysia. 

Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang training, terutamanya dalam membantu ramai orang membentuk mindset yang betul dalam memulakan bisnes ini. 

Bahkan, beliau juga adalah salah seorang trainer tetap untuk satu company networking besar di Malaysia ini. 

Pengalaman beliau dalam merekrut dan mengajar ribuan orang membina perniagaan memang tidak dapat disangkal lagi. 

Baru je sehari dua beliau update berkenaan peluang bisnes kurma ni di media sosial beliau, dah berbondong-bondong customer beli daripada beliau. 




Insyaallah anda akan belajar banyak ilmu berharga daripada Encik Khairul ini.


En. Rahman Basri

Dalam dunia bisnes online, beliau adalah salah seorang guru pemasaran online.

Ramai student beliau yang telah berjaya menghasilkan jualan lumayan setiap bulan hasil daripada ilmu marketing yang diajarkan oleh beliau.

Uncle mengenali beliau sejak 10 tahun lepas lagi.

Ketika itu beliau yang banyak membantu uncle menguruskan jualan dan marketing produk Al-Quran Digital uncle dahulu.

Alhamdulillah, walaupun beza usia beliau dengan uncle lebih 20 tahun, tapi sehingga kini uncle banyak belajar strategi pemasaran Facebook marketing melalui beliau.

Banyak kempen pemasaran iklan Facebook uncle, beliau yang uruskan. 



Jadi, insyaallah di dalam program Bimbingan Dropship Online, Tuan Khairul & Tuan Rahman Basri akan kongsikan kepada anda teknik dan strategi bagaimana melakukan marketing produk-produk makanan yang uncle keluarkan kelak.



Siapa Yang Sesuai Untuk Sertai Program Bimbingan Dropship Online Ini?


Uncle sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai program ini, tapi dengan syarat anda perlu AMBIL TINDAKAN PANTAS.

Uncle tak akan 'suap' anda. 

Anda yang perlu USAHA keras.

Follow je apa yang kami tunjukkan. 


Apa Produk Dalam Program Ini?


Untuk permulaan ini, kita akan mulakan dengan dropship produk Kurma Ajwa dan Poketto.







Target uncle ialah supaya anda boleh buat 4-5 angka dengan jual produk ini dulu. 

Kemudian nanti uncle akan perkenalkan produk makanan lain yang ada permintaan tinggi.

Insyaallah produk yang mudah terjual dengan harga berpatutan.


Macam Mana Nak Join Program Bimbingan Dropship Online Ini?


Mudah sahaja. Anda perlu isi semua details anda dengan lengkap.

Kemudian buat bayaran RM10 sebagai yuran untuk menyertai program ini.

Tetapi sebelum anda bayar… Anda kena ingat!


Kalau anda rasa berat untuk laburkan RM10 ini, tak mengapa.. Boleh beri peluang kepada orang lain.

Uncle tak paksa untuk join program bimbingan ini.


Uncle buka program Bimbingan Dropship Online ini BUKAN untuk mengaut untung dari yuran RM10 yang anda keluarkan.


Income utama uncle  datang dari jualan yang uncle buat. Dan uncle  ada beberapa produk lain yang memang hit jualan 6-7 angka juga.

Uncle pun memang dah ada pengedar dan pemborong yang membeli produk-produk uncle.
 
Cuma sekarang uncle nak bantu orang yang betul-betul serius ingin tambah pendapatan tanpa perlu keluarkan modal besar dan tanpa perlu simpan stok di rumah.



Jika anda serius nak jana pendapatan..

Daftar dan buat bayaran sekarang.


PERHATIAN: Selepas pendaftaran anda disahkan, nanti team uncle akan hubungi anda dan masukkan anda ke dalam group khas program Bimbingan Dropship Online di telegram & Facebook.


.